Ishtihar
sokongan kpd ANWAR - post at dsai@malaysiabaru.com
Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO harus memberi
sokongan kepada Mantan Timbalan Presiden UMNO dan Penasihat PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Mengapa Anwar harus di sokong?
1. Dari segi Aura kepimpinan, daya tahan jiwa mental dan
kekuatan mengempur serta keupayaan menarik orang ramai mengikuti beliau ke
satu arah yang SATU iaitu Malaysia negara berbilang kaum yang adil dan
saksama untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan status
membolehkan kita percaya bahawa inilah pemimpin yang dinantikan oleh semua
rakyat Malaysia.
2. Strategi Anwar amat mudah. Memberi ruang politik, ekonomi
dan sosial kepada semua kaum. Samada kita dari UMNO atau DAP, semua dapat
ruang yang saksama untuk melompat ke peringkat teratas yang paling tinggi.
3. Buat masa dan ketika ini, umum sudah tahu, tidak ada
pemimpin lain yang setanding dan berkeupayaan seperti Sdr. Anwar Ibrahim.
Karisma dan kebolehan Anwar meyakinkan rakyat dan pemimpin seperti DAP, PAS
dan UMNO sabah harus di ambil kira. Setiap kata-kata Anwar berasaskan FAKTA!
dan setiap tingkahlaku dan gerak gerinya adalah berpandukan Agama Islam dan
pengatahuan asas beliau mengenai adat resam dan pemikiran orang cina, india
dan barat.
Kesimpulan
Oleh demikian marilah rakyat MALAYSIA, kita lupakan politik
berasaskan perkauman seperti UMNO untuk melayu, MCA untuk cina, dan MIC
untuk india. Tidak seperti PAS orang keturunan Cina boleh jadi EXCO di
Kelantan. DAP pula, orang India boleh jadi timbalan ketua menteri di Pulau
Pinang. Inilah keadilan. Dan di dalam Quran, Allah sentiasa sebut di dalam
ayat2 suci, betapa pentingnya Keadilan di dalam Islam dan Jauhi Kezaliman.!
Malaysia adalah Negara berbilang kaum dan kita perlukan
pemimpin yang berupaya mewakili semua kaum di Malaysia!
Sokonglah Anwar Ibrahim demi kebangkitan Melayu,India, Cina, Iban etc yang
lebih progressif, adil dan saksama dalam semua bidang. |